Kategori:Kuih Muih
1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori
Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori
Senaman adalah satu kemestian untuk kuruskan badan. Dengan bersenam
badan anda dapat membakar lemak lebih cepat dan berkesan. Ia akan
meningkatkan kadar metabolic rate atau kadar pembakaran kalori dalam
badan. Sebenarnya mudah saja kalau anda nak kira secara matematik
mengenai kalori dan penggunaan tenaga dalam badan. Mengikut pemahaman
saya melalui pembacaan apa saja yang kita makan atau minum akan dikira
sebagai penambahan kalori, tenaga atau lemak kedalam badan kita.
Katakanlah dalam tempoh 24 jam, jumlah makanan yang anda ambil di tolak
dengan segala tenaga yang anda guna juga dalam tempoh yang sama. Jika
jumlah kalori yang anda makan untuk tempoh tersebut 2000 kalori dan
pembakaran kalori hanya 1800 kalori sahaja. Maknanya anda telah terlebih
makan 200 kalori (untuk sehari). Jika seminggu ertinya anda telah
menambah 1400 kalori. Untuk pengetahuan anda 1 kilo bersamaan dengan
7000 kalori.
Sebaliknya jika anda kurang makan dan menambahkan aktiviti mungkin kiraannya jadi begini.
Pengambilan makanan dan minuman sehari 1500 kalori. Penggunaan tenaga mungkin 2000 kalori. Ertinya anda telah terlebih menggunakan tenaga sebanyak 500 kalori sehari dan ia diperolehi dari lemak-lemak yang berlebihan dalam badan. Jika sehari 500 kalori, seminggu 3500 kalori dan ia bersamaan dengan 0.5kg. Oleh itu, sebulan berat yang turun ialah 2 kg.
Sebaliknya jika anda kurang makan dan menambahkan aktiviti mungkin kiraannya jadi begini.
Pengambilan makanan dan minuman sehari 1500 kalori. Penggunaan tenaga mungkin 2000 kalori. Ertinya anda telah terlebih menggunakan tenaga sebanyak 500 kalori sehari dan ia diperolehi dari lemak-lemak yang berlebihan dalam badan. Jika sehari 500 kalori, seminggu 3500 kalori dan ia bersamaan dengan 0.5kg. Oleh itu, sebulan berat yang turun ialah 2 kg.
Buat jurnal makanan anda sendiri, Catatkan semua yang anda makan pada setiap hari kemudian analisa pattern pemakanan anda
ReplyDelete